Dua gambar susunan 27 jenis kayu berkhasiat yang dijadikan tongkat. Di tempah oleh kenalan baru dari negara jiran Kota Singapura. Di Bawahnya pula serpihan kayu-kayu yang di asingkan mengikut jenis-jenisnya supaya mudah untuk di buat cincin agar tidak bercampur.
Gambar pertama menunjukkan buah Koka dan kayu Koka, manakala gambar kedua menunjukkan kayu Koka yang sudah di potong-potong. Gambar di bawah, simpanan kayu-kayu khasiat yang semakin susah untuk diperolehi kini tersimpan di simpanan khas Tok Sabri.
Untuk memastikan tempahan berjalan lancar, penempah seharusnya mengukur saiz jari anda sebelum membuat tempahan. Ini bagi mengelakkan cincin yang anda tempah tidak muat di jari anda.
Gambar-gambar di atas menunjukkan mesin acuan untuk menghasilkan acuan-acuan bingkai cincin yang berkualiti. Gambar diambil di makmal pemprosesan acuan.
Gambar cara kerja menggunakan kaedah "tulang sotong" bagi membentuk acuan bingkai cincin,Kaedah manual menggunakan arang batu dan mesin mencanai batu.
A.S. Saudagar Cincin, No.53, Jln Damar Merah 5, Taman Pendamar Indah 2, 41200 Klang Selangor Darul Ehsan
Tok Sabri
Sebarang pertanyaan dan untuk tempahan-tempahan sila hubungi Tok Sabri di talian prabayarnya [ Malaysia +6017 631 2839 ] dan email kan kepada kami di alamat email [toksabri@yahoo.com]
Tuan2 Madrasah Alam Nur
Rekabentuk cincin campuran berbagai kayu telah di reka khas oleh Tuan Guru Mat Qari dari Madrasah Alam Nur Kuala Linggi, Melaka. Itulah cincin warisan yang kami kekalkan.
AMBIL PERHATIAN!
"..Setiap ciptaan Allah s.w.t mempunyai satu rahsia dan kelebihan yang tersirat. Allah s.w.t memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmat dan khasiat yang terkandung di dalam alam semesta. Justeru dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah s.w.t.."